suria

Menteri dipercayai berkumpul di kediaman PM malam ini

Beberapa menteri dipercayai berkumpul di kediaman Muhyiddin pada Ahad malam.

MENTERI-menteri Kabinet dipercayai berkumpul di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad malam.

Pertemuan itu berlangsung beberapa jam selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memutuskan tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong tolak cadangan darurat, ulangi teguran terhadap ahli politik selepas mesyuarat Raja-Raja Melayu

"Ini hanya pertemuan tidak rasmi, hanya untuk bercakap antara satu sama lain.

"Tidak, beliau tidak akan mengundurkan diri. Lebih kepada persiapan secara tidak rasmi untuk mesyuarat khas Kabinet esok," kata sumber.

Menerusi laporan terbaharu The Star pada Ahad malam, mesyuarat khas Kabinet yang dijangka berlangsung pada Isnin disahkan telah batal.

Kata sumber, Menteri Besar dan Ketua Menteri baru sahaja menerima makluman mengenai hal itu.

Menteri Besar Johor, Negeri Sembilan dan Selangor turut mengesahkan pembatalan itu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain