suria

Jangkitan terbaharu Covid-19 turun kepada 823 kes, 8 lagi kematian direkodkan

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan/foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan penurunan kepada tiga angka kepada 823 kes berbanding 1,228 pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah 9,202 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, semua 823 kes baharu yang dilaporkan adalah jangkitan tempatan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 26,565 kes.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

Perincian kes kematian hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 229 kes," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada petang Ahad.

Sehingga hari ini, 579 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 17,134 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat terdapat 99 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Berikut senarai sembilan kluster baharu yang dilaporkan hari ini:

1) Kluster Titir - Sabah

2) Kluster Omadal - Sabah

3) Kluster Bandaran - Sabah

4) Kluster Jambul - Sabah

5) Kluster Bayan - Pulau Pinang

6) Kluster Mentari - Selangor/Negeri Sembilan

7) Kluster Jernih - Negeri Sembilan

8) Kluster Seladah - Sarawak

9) Kluster Makekar - Selangor

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dr Noor Hisham, Covid-19, jangkitan, ICU, PKPB

Artikel Lain