Raja-Raja mula tiba di Istana Negara menjelang mesyuarat petang ini

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Ri’aytatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang tiba di Istana Negara pada 12.30 tengah hari.--fotoBERNAMA (2020).

ISTANA Negara hari ini menjadi tumpuan apabila Raja-Raja Melayu mengadakan pertemuan khas bagi membincangkan rancangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat dalam menangani peningkatan jumlah kes Covid-19.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Ri’aytatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang tiba di Istana Negara pada 12.30 tengah hari, Ahad dijangka mempengerusikan mesyuarat tidak rasmi yang hanya melibatkan Raja-Raja pada pukul 2.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis nasihat orang awam tidak berada di luar kawasan pintu Istana Negara hari ini

Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar tiba di Istana kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat tiba di istana pada pukul 2.15 petang sementara Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah tiba pada jam 2.18 petang.

Anggota media dilihat berkumpul di Pintu 1 Istana Negara seawal jam 11 pagi, sementara yang lain menunggu di Pintu 2.

Sekitar jam 1 tengah hari, para pegawai Istana dilihat mengedarkan paket makanan percuma kepada petugas media yang sedang menunggu di luar Istana Negara. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain