suria

Titah Agong: Jemaah menteri bincang lebih lanjut - PM

Muhyiddin berkata, jemaah menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah Al-Sultan Abdullah bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini. -gambar fail/foto Bernama

SUSULAN titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini, jemaah menteri akan mengadakan perbincangan lebih lanjut terhadap titah tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, jemaah menteri mengambil maklum titah itu dan kerajaan akan terus memberi keutamaan untuk melindungi rakyat daripada wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong tolak cadangan darurat, ulangi teguran terhadap ahli politik selepas mesyuarat Raja-Raja Melayu

"Saya menjunjung kasih atas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya dan menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu-gugat," katanya dalam kenyataan Ahad malam.

Yang di-Pertuan Agong menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara petang Ahad bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain