suria

Angka kematian Covid-19 kini 204, 90 lagi pesakit terlantar di ICU... Malaysia catat 847 kes pada Khamis

Malaysia merekodkan 847 kes positif Covid-19 pada Khamis.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 847 kes baharu, menjadikan keseluruhan 23,804 kes setakat Khamis.

Daripada 847 kes baharu yang telah dilaporkan, 842 merupakan penularan tempatan dan lima lagi merupakan kes import jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta hentikan sidang media harian kerana dianggap mempromosi baju dan barang di rak... ini jawab Ismail Sabri - “Ini kabinet Kementerian Pertahanan, tak kan nak buang”

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 204 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan lima kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

Perincian kematian hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 2014 kes," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khamis petang.

Sehingga hari ini, 486 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 15,417 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 90 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan Sabah catat kes tertinggi hari ini dengan 578 pesakit positif diikuti Selangor (132), Negeri Sembilan (38), Labuan (29), Kuala Lumpur (23), Perak (14), Purajaya (4), Kedah (3), Melaka (3), Kelantan (3), Pahang (2), Terengganu (1), Johor (1) dan Sarawak (1).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain