suria

Selapis tak cukup, ini nasihat Dr Noor Hisham buat wanita berpurdah sepanjang pandemik Covid-19

Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka atau topeng muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak adalah diwajibkan, bermula 1 Ogos lalu.

PEMAKAIAN pelitup muka di tempat awam diwajibkan ke atas rakyat Malaysia bermula 1 Ogos lalu.

Namun, timbul persoalan sekiranya wanita berpurdah atau berniqab wajib mengikuti peraturan sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Angka kematian Covid-19 kini 204,90 lagi pesakit terlantar di ICU... Malaysia catat 847 kes pada Khamis

Terbaharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengulas isu berkenan sewaktu ia dibangkitkan menerusi sidang media pada Khamis petang.

"Terdapat dua jenis pelitup muka yang boleh diguna pakai iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.

"Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengesyorkan penggunaan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik. Kalau satu lapisan... tak cukup.

"Kalau pemakaian purdah hanya satu lapisan... tak cukup, Jadi kita syorkan mereka yang pakai purdah, dalam tu boleh pakai pelitup muka sama ada fabrik atau 3 ply mask.

"Itu cadangan kita kepada mereka yang berpurdah," ujarnya.

Untuk rekod, kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka atau topeng muka di pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak adalah diwajibkan, bermula 1 Ogos lalu.

Peraturan itu diputuskan kerajaan selepas mendapati amalan penjarakkan sosial dan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam serta prosedur operasi standard (SOP) di tempat-tempat awam yang bersesak tidak dipatuhi oleh orang ramai.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain