suria

Malaysia rekodkan 862 jangkitan Covid-19, 95 di ICU... 3 lagi korban di Sabah

Malaysia merekodkan 862 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 862 kes baharu, menjadikan keseluruhan 22,225 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 7,681 di mana pesakit sudah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 862 kes baharu yang telah dilaporkan, 860 merupakan penularan tempatan dan dua lagi merupakan kes import jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 korban akibat Covid-19, Malaysia catat 865 kes baharu... 99 di ICU

Sabah merekodkan catatan pesakit positif Covid-19 tertinggi sebanyak 673 kes diikuti Selangor (132), Kedah (17), Perak (9), Pulau Pinang (8), Labuan (6), Negeri Sembilan (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6), Putrajaya (1), Johor (1), Kelantan (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 193 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 193 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Sehingga hari ini, 634 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 14,351 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 95 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan terdapat satu kluster baharu melibatkan daerah Kota Belud, Sabah.

Berikut perincian tiga kematian pada Selasa:

1) Kes 191 - Pesakit merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun mempunyai latar belakang darah tinggi, dislipdemia dan sakit jantung. Pesakit meninggal dunia di Hospital Tawau.

2) Kes 192 - Pesakit merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 59 tahun mempunyai latar belakang darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang kronik. Pesakit meninggal dunia di Hospital Tawau.

3) Kes 193 - Pesakit merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 90 tahun mempunyai latar belakang darah tinggi dan sakit jantung. Pesakit meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

korban di Sabah, KKM, Covid-19

Artikel Lain