suria

Empat lagi kakitangan Bank Muamalat cawangan Kota Kinabalu positif Covid-19

Empat kakitangan di cawangan Aeropod Commercial Square itu sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

EMPAT lagi kakitangan Bank Muamalat Malaysia Bhd cawangan Kota Kinabalu, Sabah disahkan positif Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan di cawangan itu kepada lima orang.

Bank itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pekerja yang dijangkiti di cawangan Aeropod Commercial Square sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

Cawangan itu ditutup minggu lalu bagi membolehkan prosedur sanitasi dan pembersihan dijalankan selepas seorang pekerja disahkan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakitangan positif Covid-19, UOB Malaysia Cawangan Kepong ditutup sementara waktu

"Semua rakan sekerja yang telah berhubung secara langsung dengan pekerja terlibat telah diminta untuk kuarantin diri di rumah selama 14 hari, sehingga diberi pelepasan perubatan yang sewajarnya.

"Pengesanan kontak juga sedang dijalankan selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan," menurut bank itu.

Waktu perniagaan bagi cawangan terpilih telah diubah untuk beroperasi dari pukul 9.15 pagi hingga 3 petang sahaja, bertujuan bagi mengurangkan kemungkinan risiko kesihatan disebabkan oleh peningkatan jumlah kes Covid-19, kata bank itu.

"Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa perniagaan terus beroperasi seperti biasa, dengan gangguan yang minimum di samping menjaga keselamatan sebagai keutamaan," tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati www.muamalat.com.my atau hubungi 03-2600 5500. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain