suria

3 korban akibat Covid-19, Malaysia catat 865 kes baharu... 99 di ICU

Malaysia merekodkan.. kes positif Covid-19 pada Isnin.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 865 kes baharu, menjadikan keseluruhan 21,363 kes setakat Isnin.

Daripada 865 kes baharu yang telah dilaporkan, 858 merupakan penularan tempatan dan tujuh lagi merupakan kes import jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi! Jangkitan Covid-19 catat 869 kes baharu, 4 lagi korban di Sabah... 91 di ICU

Sabah merekodkan catatan pesakit positif Covid-19 tertinggi sebanyak 226 kes diikuti Selangor (107), Kedah (97), Johor (13), Terengganu (5), Negeri Sembilan (3) diikuti Sarawak (2), Pahang (1) dan Wilayah Persekutan (1).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 190 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

Perincian kes kematian Covid-19 pada Isnin.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 190 kes," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Sehingga hari ini, 455 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 13,717 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 99 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan terdapat dua kluster baharu hari ini iaitu Kluster Hentian (Selangor) dan Kluster Bukit (Melaka).KKM

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain