suria

Sabah kekal tertinggi! Malaysia catat 111 kes Covid-19 pada Jumaat, hanya 4 kes import

Malaysia merekodkan 111 kes positif Covid-19 pada Jumaat. Foto: Bernama

SEBANYAK 111 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan pada Jumaat, menjadikan keseluruhan 10,687 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 858 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 111 kes baharu yang telah dilaporkan, 107 merupakan kes tempatan dan baki empat kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 71 kes Covid-19, Sabah rekod pesakit paling tinggi

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 107 kes penularan tempatan, ia melibatkan seramai 76 warganegara dan 31 rakyat asing.

Sementara itu, kesemua empat kes import melibatkan bukan warganegara.

Sehingga hari ini, Sabah kekal tertinggi dengan merekodkan 97 kes, antaranya 74 daripada Kluster Bangau-Bangau dan 13 kes melibatkan Kluster Benteng.

Kedah pula merekodkan lapan kes termasuk tujuh daripada Kluster Sungai, manakala Pahang turut merekodkan satu kes tempatan.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 133," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 30 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,696 kes.

Sehingga kini, terdapat terdapat empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sabah

Artikel Lain