suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN, rakyat diminta doakan kesihatan baginda

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan ke IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatannya. Foto: Bernama

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin (21 September).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Istana Negara memaklumkan baginda dimasukkan ke Wad Diraja di IJN setelah mengadu kurang berasa kurang selesa dengan kesihatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong, Permaisuri kuarantin 14 hari, 7 petugas Istana Negara positif Covid-19

Bagaimanapun, kenyataan itu memaklumkan kesihatan Al-Sultan Abdullah tidak membimbangkan dan baginda dipantau oleh pasukan perubatan.

"Seri Paduka dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berada di Kota Bharu kerana urusan lawatan peribadi telah bergegas pulang pada Selasa untuk bersama baginda.

Tunku Azizah telah membatalkan lawatan tiga hari yang dijadualkan berlangsung Isnin hingga Rabu.

Dalam pada itu, Istana Negara juga meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Al-Sultan Abdullah. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Al-Sultan Abdullah, IJN

Artikel Lain