Menipu! Ismail Sabri perjelas perbuatan influencer pakai gelang pink kononnya prank, serah kepada polis untuk bertindak – “Jangan anggap boleh dibuat lawak, kesannya amat besar”

Ismail Sabri (kiri) mengulas mengenai isu individu termasuk 'influencer' yang mempersendakan gelang merah jambu yang dipakai oleh mereka yang menjalani kuarantin.

MANA-mana individu yang mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalahan kerana menipu orang ramai.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media petang Selasa.

"Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Instafamous minta maaf selepas bikin kecoh pakai gelang pink di restoran - "Hanya syok-syok sahaja"

"Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai terdapat individu-individu termasuk influencer yang mempersendakan gelang merah jambu atau tag kuarantin, dengan tujuan untuk membuat gurauan atau prank kepada orang awam.



Video Chazynash memakai gelang merah jambu di sebuah restoran mencetuskan kontroversi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.

"Terserah kepada polis untuk ambil tindakan.

"Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.

"Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar," katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya melihat pandemik Covid-19 sebagai perkara yang serius dan bukannya sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan.

Terdahulu, dilaporkan seorang personaliti media sosial mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video menunjukkan dia memakai 'gelang pink' ketika makan di restoran.

Instafamous berkenaan yang lebih dikenali sebagai Chazynash kemudian tampil membuat permohonan maaf bahawa video tersebut hanyalah lakonan dan bukannya prank di tempat awam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain