suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 57 kes baharu pada Isnin, 51 daripadanya kes tempatan

Malaysia merekodkan 57 kes Covid-19 pada Isnin.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 57 kes baharu, menjadikan keseluruhan 10,276 kes setakat Isnin.

Daripada 57 kes baharu yang telah dilaporkan, 51 merupakan kes tempatan melibatkan 45 warganegara dan enam bukan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli MT Umno dilapor dijangkiti Covid-19 selepas turun berkempen di Sipitang, kini dirawat di hospital

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 130 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 130 kes," ujarnya pada Isnin petang.

Sehingga hari ini, 40 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,395 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, sembilan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pada hari ini juga, Sabah merekodkan kes tertinggi, 49 kes antaranya Kluster Pulau (14) dan Kluster Selamat (12).

Malah, Sabah turut merekodkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Kuarters di Tongod.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain