suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli MT Umno dilapor dijangkiti Covid-19 selepas turun berkempen di Sipitang, kini dirawat di hospital

Seorang pemimpin Umno dilaporkan positif Covid-19 dan semua kontak rapat pemimpin berkenaan diminta untuk melakukan ujian swab bagi mengelakkan sebarang penularan. Gambar hiasan

SEORANG pemimpin Umno dilaporkan positif Covid-19 selepas berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di kawasan Parlimen Sipitang, lapor Astro Awani.

Sumber memberitahu, pemimpin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu kini dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

"Setakat ini, keadaan masih terkawal dan beliau telah dimasukkan ke hospital sebentar tadi bagi dikurantinkan bagi mendapatkan rawatan," kata sumber itu ringkas.

Sumber turut menjelaskan semua kontak rapat pemimpin berkenaan juga telah diminta untuk melakukan ujian swab bagi mengelakkan sebarang penularan.

Sementara itu Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun berkata tiada laporan rasmi yang diterima setakat ini.

Namun tegas beliau, jika ia benar dan didapati positif, individu itu perlu dikuarantin di Sabah sehingga pulih sepenuhnya.

"Saya belum dapat laporan lagi mengenai hal itu. Jika ada, perlu dirawat sehingga pulih sebelum pulang ke Semenanjung.

"Sebab itu saya sentiasa pesan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan,"katanya.

Ketika ini parti-parti politik yang bertanding giat berkempen sebelum hari pengundian yang ditetapkan pada 26 September ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

MT Umno, Covid-19, Sipitang, Sabah

Artikel Lain