suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes wanita nyaris maut kereta dihempap batu konkrit, Prolintas henti kerja SUKE serta-merta

Keadaan kereta yang remuk selepas dihempap batu konkrit. Foto Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

SUSULAN seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap batu konkrit, pemaju pembinaan lebuh raya di lokasi kejadian tampil memberi kenyataan.

Pemaju projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn.Bhd. (Prolintas) mengeluarkan arahan henti kerja serta-merta susulan kejadian dinding parapet terjatuh daripada struktur binaan lebuh raya itu dan menghempap sebuah kereta petang Sabtu.

Prolintas dalam kenyataan malam Sabtu memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan terhadap kejadian yang berlaku berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berpantang maut sebelum ajal... wanita terselamat, kereta dihempap batu konkrit

"Pasukan Emergency Response Team (ERT) SUKE telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan dinding parapet serta kereta yang terlibat.

"Segala kesulitan yang timbul daripada insiden ini amatlah dikesali dan SUKE akan memastikan segala aspek keselamatan sentiasa diutamakan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi keselamatan semua," menurut kenyataan itu.

Seorang wanita nyaris maut dalam kejadian itu selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di MRR2 mengakibatkan kereta itu remuk dan wanita itu cedera pada tangan kirinya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh berhubung dengan saluran komunikasi SUKE di talian 1-300-88-9922, laman sesawang www.mysuke.com.my serta di Facebook Prolintas Highways atau Twitter @mySUKEofficial. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain