suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpantang maut sebelum ajal... wanita terselamat, kereta dihempap batu konkrit

Keadaan kereta yang remuk selepas dihempap batu konkrit. Foto Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

BERPANTANG maut sebelum ajal, seorang wanita hanya mengalami kecederaan di lengan, selepas batu konkrit jatuh menghempap keretanya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kuala Lumpur.

Ketika kejadian, wanita berkenaan memandu di MRR2 pada kira-kira pukul 4.30 petang, apabila sekeping batu konkrit berukuran satu meter jatuh menghempap keretanya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, batu konkrit tersebut merupakan sebahagian daripada struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang jatuh di MRR2.

"Mangsa mengalami kecederaan pada lengan, dan dibantu oleh pemandu kenderaan lain di lokasi kejadian.

"Dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau menambah, tiada mangsa atau kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Kita sedang menyiasat lanjut berhubung perkara itu," kara Zulkefly. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain