suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar staf rempuh bank gara-gara tertekan pedal minyak

Keadaan hadapan sebuah bank yang dirempuh sebuah kereta.

GEMPAR apabila sebuah kereta yang dipandu oleh seorang kakitangan di sebuah bank merempuh tempat kerjanya pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, wanita berusia 53 tahun itu datang ke sebuah bank di Jalan Tun Ismail di Kuantan untuk menghadiri mesyuarat ketika kejadian berlaku.

Wanita berkenaan dikatakan secara tidak sengaja menekan pedal minyak, menyebabkan kereta yang dipandunya merempuh dinding kaca bank tersebut.

"Pengurus bank dan pemandu telah membuat laporan di balai polis," kata Mohamad Noor, sambil menambah tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam siasatan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain