Sertai bengkel ‘live’ webinar pertama majalah Kuntum untuk jadi Ibu bapa mahir digital

SEIRING perkembangan pesat teknologi, ibu bapa digesa untuk membekalkan si kecil dengan pengetahuan dan kemahiran dunia teknologi terutama dalam segmen digital. Ini bermakna, ibu bapa perlu bijak mencorakkan landskap kehidupan anak-anak meliputi aspek pendidikan, sosial dan ekonomi.

Menyedari akan impak dunia digital terhadap perkembangan kanak-kanak, rakan strategik utama Majalah Kuntum iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) berbesar hati menganjurkan Bengkel Live Webinar pertama Majalah Kuntum.

Bengkel Live Webinar Majalah Kuntum ini dikendalikan sepenuhnya oleh Zaid Mohamad, seorang pakar dan jurulatih keibubapaan bertauliah, pengarang terlaris, kolumnis dan Ketua Pegawai Eksekutif Smart Parents Network.

Sertai webinar pertama Majalah Kuntum untuk mempelajari segalanya tentang menjadi ibu bapa mahir digital dan bagaimana untuk memperkenalkan anak anda pada dunia digital dengan selamat.

Bengkel Live Webinar ini dijalankan dalam 2 sesi berbeza iaitu sesi pertama pada 15 Ogos 2020 (Sabtu) dan sesi kedua pada 16 Ogos 2020 (Ahad) bermula pada 9 hingga 11 pagi.

Daftar segera dengan hanya klik di SINI.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik