suria

Berkuatkuasa 15 Ogos, harga siling pelitup muka 3 lapis ditetapkan RM 1

Pelitup muka tiga lapis akan dijual pada harga RM 1 berkuatkuasa 15 Ogos.

HARGA siling baharu RM 1 bagi pelitup muka tiga lapis (3 ply) akan mula dikuatkuasakan pada 15 Ogos ini.

"Memandangkan harga siling semasa sebanyak RM 1.50 sudah cukup lama dan bekalannya mencukupi, kami memutuskan untuk menurunkan harga siling menjadi RM 1.

"Kami berharap dapat membantu mengurangkan beban rakyat, terutama golongan berpendapatan B40," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah abai SOP! Mulai 1 Ogos wajib pakai mask dalam pengangkutan awam, tempat sesak... tiada lagi kuarantin di rumah

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Media, Dewan Rakyat pada Khamis.

Pengumumannya menyusul selepas kerajaan sebelum ini berhasrat untuk menurunkan harga siling pelitup muka berkenaan.

Katanya, keputusan itu berdasarkan tinjauan dan pemantauan secara berterusan terhadap bekalan pelitup muka di premis perniagaan yang mendapati ia mencukupi.

Beliau juga mengalu-alukan peruncit untuk menjual barang tersebut dengan harga lebih rendah daripada harga siling semasa.

Harga runcit maksimum ialah RM 1 seunit atau RM50 sekotak manakala harga borong adalah RM0.95 seunit atau RM47.50 sekotak.

Dalam masa yang sama beliau juga mengingatkan bahawa tindakan akan diambil jika peruncit didapati menjual melebihi harga siling.

Kerajaan mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam, tempat tumpuan dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos lalu. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain