Lagi penguat kuasa MBSA direman atas dakwaan rasuah

Pegawai penguat kuasa MBSA (berbaju oren) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya.

SEORANG lagi pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman atas dakwaan rasuah.

Lelaki berusia 38 tahun itu akan direman selama tujuh hari sehingga 19 Ogos.

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Putrahjaya pada Khamis. Majistret, Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan lelaki tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima rasuah, lindungi premis tanpa lesen... SPRM tahan 3 penguatkuasa MBSA

Suspek, yang ditahan pada Rabu merupakan pegawai penguat kuasa kelima dari MBSA yang ditahan atas dakwaan penguat kuasa tertentu mengambil duit perlindungan daripada perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Pada Selasa, empat pegawai direman selama seminggu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu.

Turut direman adalah seorang peniaga warga asing. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ibu Chef Zam meninggal dunia akibat pneumonia