Covid-19: AirAsia gantung penerbangan antarabangsa di Malaysia, Thailand dan Filipina - Semasa | mStar

Covid-19: AirAsia gantung penerbangan antarabangsa di Malaysia, Thailand dan Filipina

Kesemua penerbangan antarabangsa digantung sementara waktu untuk operasi di Malaysia, Thailand dan Filipina susulan penularan Covid-19.

SYARIKAT penerbangan tambang murah, Kumpulan AirAsia Bhd telah menggantung kesemua penerbangan antarabangsa bagi sementara waktu untuk operasi di Malaysia, Thailand dan Filipina susulan penularan Covid-19.

Bagi AirAsia Indonesia, kumpulan syarikat penerbangan itu telah mengurangkan kekerapan penerbangan antarabangsanya, sementara operasi domestik diteruskan pada jumlah kekerapan yang dikurangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat khas bawa rakyat Malaysia dari Wuhan selamat tiba di KLIA

ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia tawar tambang sehala serendah RM149 di enam laluan Sabah, Sarawak sempena Tahun Baru Cina

"Ahli Lembaga percaya bahawa penggantungan penerbangan sementara ini tindakan yang betul untuk memastikan kesejahteraan penumpang, tetamu dan kakitangan kami, ia akan kekal sebagai keutamaan dalam perniagaan kami dalam masa yang mencabar sekarang.

"Syarikat itu akan terus menilai keadaan dari semasa ke semasa dan bersedia untuk meneruskan kembali perkhidmatan sebaik sahaja keadaan bertambah baik, tertakluk kepada kelulusan oleh pengawalseliaan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Kumpulan itu berkata semua penerbangan antarabangsa dan domestik AirAsia Malaysia digantung sementara dari 28 Mac hingga 21 April, 2020.

Dalam pada itu, penggantungan sementara untuk AirAsia Filipina melibatkan penerbangan antarabangsa dan domestik dari 20 Mac hingga 14 April, 2020, ketika tempoh kuarantin komuniti di Luzon, serta di bahagian lain di negara tersebut.

Bagi AirAsia Thailand, penggantungan sementara semua penerbangan antarabangsa adalah dari 22 Mac hingga 25 April, 2020, manakala operasi domestiknya diteruskan pada kekerapan yang berkurangan.

Sementara itu, AirAsia India, yang hanya menjalankan operasi laluan domestik telah menggantung penerbangannya selama 21 hari, bermula 25 Mac bagi mematuhi penggantungan dilaksanakan kerajaan bagi semua penerbangan domestik. - BERNAMA

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain