suria

Pintar dan Comel meriahkan sambutan ulang tahun Kuntum ke-40

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Star, Andreas Vogiatzakis (empat dari kiri) merasmikan sambutan ulang tahun Kuntum yang ke-40. Foto: The Star

MAJALAH kanak-kanak Kuntum mencatatkan sejarah apabila terus relevan dan menyambut ulang tahunnya yang ke-40 pada Isnin.

Majlis ulang tahun yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Star, Andreas Vogiatzakis itu dihadiri kira-kira 200 staf.

"Kita mula beroperasi sejak 1980 bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid yang berusia enam hingga 12 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom rebut 40 hadiah menarik kempen Langgan dan Menang sempena ulang tahun ke-40 Kuntum!

"Tahun lepas kami lancarkan animasi digital Kuntum di saluran Youtube yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

"Antara pembaharuan lain yang dilakukan adalah pembelajaran dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris," kata Vogiatzakis.

Sebahagian daripada staf bergambar semasa ulang tahun Kuntum ke-40. Foto: The Star

Sementara itu, editor Kuntum, Norlia Jaafar, dalam ucapannya meluahkan rasa syukur kerana majalah untuk kanak-kanak itu mampu bertahan selama 40 tahun.

Norlia turut memberitahu sambutan ulang tahun ke-40 ini turut diiringi berita gembira daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Kita bukan sahaja menyambut ulang tahun Kuntum tetapi kita juga telah mendapat pengiktirafan daripada KPM.

"Kami meletakkan sasaran keuntungan sebanyak RM400,000 sehingga bulan Jun ini," ujarnya.

Pemenang-pemenang cabutan bertuah ketika sambutan ulang tahun Kuntum yang ke-40. Foto: Syamimi Zainal/The Star

Dalam pada itu rata-rata tetamu yang hadir kelihatan terhibur dengan gelagat comel maskot Pintar dan Comel dan ramai yang berkesempatan untuk mengambil swafoto bersama maskot tersebut. 

Bagi memeriahkan lagi majlis, Kuntum turut menjemput wakil-wakil daripada syarikat penaja seperti Faber Castell, Massimo, Hewlett-Packard dan Bank Rakyat.

Antara aktiviti yang dilangsungkan adalah acara memotong kek ulang tahun Kuntum, cabutan bertuah serta kehadiran food truck seperti Tealive dan Krispy Kreme.

Kuntum, The Star, ulang tahun

Artikel Lain