suria

Jom rebut 40 hadiah menarik kempen Langgan dan Menang sempena ulang tahun ke-40 Kuntum!

Maskot Kuntum, 'Pintar' dan 'Comel'.

PELANGGAN baharu Kuntum berpeluang memenangi 40 hadiah istimewa menerusi kempen Langgan dan Menang sempana ulang tahun ke-40 majalah kanak-kanak itu.

Antara hadiah yang ditawarkan sepanjang kempen selama setahun itu termasuklah tiket KidZania, Nintendo Switch dan banyak lagi.

Selain itu, orang ramai berpeluang bertemu maskot Kuntum, 'Pintar' dan 'Comel' yang akan berada di pelbagai lokasi pameran bermula di acara Persatuan Lori Mudah Alih SME yang akan diadakan pada 21 hingga 22 Mac ini di Bukit Jalil.

Pertandingan untuk si cilik juga turut disediakan.

"Pembaca Kuntum akan dapat menonjolkan kreativiti masing-masing dengan menyertai pertandingan mereka bentuk penanda buku Kuntum.

"Reka bentuk terbaik akan dicetak dan diedarkan dalam majalah Kuntum sebagai bahan koleksi," demikian menurut majalah itu dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, ceramah khas berkenaan topik kekeluargaan dan perkembangan kanak-kanak juga disediakan khas untuk ibu bapa.

Malah, pameran reka bentuk upcycling yang menyaksikan helaian majalah Kuntum diubah untuk dijadikan robot t akan turut diadakan.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah istimewa yang ditawarkan.

Mudah saja, hanya perlu bayar RM48 untuk langganan 11 edisi majalah termasuk caj penghantaraan.

Untuk melanggan, layari bit.ly/kuntumsubscribe atau hubungi talian 1-300-88-7827 bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel ke [email protected].

Artikel Lain