suria

Pesakit yang 'hilang' dari Hospital Sg Buloh tidak dijangkiti koronavirus

Noor Hisham berkata sampel klinikal yang diambil pada 31 Januari menunjukkan pesakit itu negatif untuk wabak koronavirus.

KEMENTERIAN Kesihatan mengesahkan bahawa pesakit yang hilang sewaktu menunggu untuk menjalani pemeriksaan novel koronavirus, sebenarnya tidak dijangkiti wabak berkenaan.

Terdahulu pesakit tersebut dilaporkan pulang ke rumah pada Jumaat selepas menunggu untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh.

Dia sebelum itu telah dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit selepas melakukan perjalanan ke Wuhan, China.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga lagi positif koronavirus

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan risau, kami OK” - Pelajar Malaysia di Wuhan

“Selepas laporan polis dibuat, pesakit berjaya dikesan dan kembali ke wad.

“Sampel klinikal yang diambil pada 31 Jan (Jumaat) menunjukkan negatif untuk 2019-nCoV,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengenai angka-angka terkini berhubung kes wabak tersebut, Noor Hisham berkata tidak ada kes-kes tambahan pesakit yang diuji positif wabak tersebut.

“Setakat 1 Feb pada jam 12 malam, tidak ada penambahan kepada kes-kes positif. Kes terkumpul positif bagi 2019-nCoV kekal pada lapan, tiga kes membabitkan pesakit di bawah siasatan (PUI) dan lima kes kontak rapat,” katanya sambil menambah, enam orang masih menunggu keputusan ujian makmal. - THE STAR

koronavirus, Hospital Sg Buloh

Artikel Lain