suria

Sehari selepas diserang penyokong PKR, Tian Chua hadir ke pejabat Tun M – “Tolong jangan buat spekulasi”

Tian Chua hadir ke Yayasan Kepimpinan Perdana pada Isnin. Foto: The Star

SEHARI selepas diserang penyokong parti di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Naib Presidennya, Tian Chua, dilihat hadir ke Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya pada Isnin.

Beliau bagaimanapun meminta media tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kehadirannya di pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh di HQ PKR! Penyokong mengamuk serang Tian Chua, Afif

"Tolong jangan buat spekulasi. Saya ada di sini berkaitan beberapa dokumen.

"Saya tidak bertemu Tun (Dr Mahathir), saya hanya berjumpa pegawai-pegawainya," katanya kepada pemberita.

Beliau juga tidak mengulas lanjut mengenai dokumen yang dimaksudkannya itu.

Pada Ahad, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, diserang dan dimaki sekumpulan ahli parti yang tidak berpuas hati.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.30 petang itu, Tian Chua dilabel  sebagai 'pengkhianat', selain dibaling dengan botol air dan kon ketika keluar dari ibu pejabat parti.

'Serangan' itu dilakukan kerana pemimpin berkenaan dikatakan telah 'menikam' parti itu dari belakang.- THE STAR

Artikel Lain