suria

Kecoh di HQ PKR! Penyokong mengamuk serang Tian Chua, Afif

Tian Chua (berbaju ungu) diserang penyokong PKR sebaik sahaja keluar dari ibu pejabat parti itu pada petang Ahad.

MEMASUKI hari kelapan kemelut politik berkaitan isu peralihan kuasa, pelbagai insiden yang tidak dijangka melatari arena politik negara.

Situasi yang pada mulanya tenang, kini dicemari dengan insiden kekecohan beberapa jam selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8.

Insiden kekecohan itu berlaku di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar akui pengkhianatan oleh rakan Pakatan... Bersatu, segelintir dari PKR

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Ia bermula apabila ratusan penyokong parti itu ‘mengamuk’ sambil melaungkan kata-kata kesat kepada beberapa pimpinan parti yang baru sahaja keluar dari ibu pejabat parti.

Antara yang menjadi sasaran adalah Naib Presiden, Tian Chua; bekas Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin.

Penyokong yang kelihatan marah menjerit dan melaungkan perkataan “pengkhianat”, “anjing” dan “pecat” kepada  pemimpin PKR berkenaan.

'Serangan' itu dilakukan kerana pemimpin berkenaan dikatakan telah 'menikam' parti itu dari belakang.Menerusi video yang tular, kelihatan Tian Chua diasak dan dikepung  oleh penyokong parti selain turut ditampar, dibaling botol air dan kon ketika mahu menuju ke keretanya untuk beredar dari ibu pejabat parti.

Dilaporkan keadaan kembali terkawal sebaik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dan cuba menenangkan keadaan. 

PKR, HQ, kecoh, Tian Chua

Artikel Lain