suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar akui pengkhianatan oleh rakan Pakatan... Bersatu, segelintir dari PKR

Tangkapan skrin video Anwar di kediaman beliau di Segambut, Kuala Lumpur pada Ahad malam. Foto Facebook PKR

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat cubaan untuk me njatuhkan kerajaan Pakatan Harapan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan puak daripada PKR.

"Sekarang kita sedang menunggu maklumat lanjut tetapi ada cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan yang melibatkan bekas rakan-rakan kita Bersatu dan segelintir yang khianat dari PKR.

"Mereka telah menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi tetapi belum ada pengumuman," kata Anwar ketika menjawab pertanyaan di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur pada Ahad malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Warkah Mufti WP untuk Malaysia ketika desas-desus gabungan kerajaan baharu

"Soalan mengenai kerajaan baharu... saya tak dapat maklumat penuh lagi," katanya menerusi video penstriman secara langsung di halaman Facebook PKR.

Dipercayai beliau merujuk kepada spekulasi bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, sedang melaksanakan rancangan untuk membentuk kerajaan campuran baharu bersama saingan Anwar, iaitu puak Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, Umno dan PAS. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia