“Dr Mahathir dah tinggalkan Pakatan Harapan” – Anwar Ibrahim - Semasa | mStar

“Dr Mahathir dah tinggalkan Pakatan Harapan” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim. Foto Bernama

DIKEMASKINI

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Harapan (PH) terus kekal sebagai sebuah pakatan, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Kita masih Pakatan Harapan... beliau (Dr Mahathir) dah tinggalkan Pakatan Harapan,” ujarnya secara ringkas selepas menghadiri mesyuarat bersama pimpinan PH di Hotel Eastin di Petaling Jaya, Selangor pada petang Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan berbincang dengan Dr Mahathir berhubung penubuhan kerajaan baharu.

Isnin lalu, Bersatu mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M terima semula jawatan sebagai Pengerusi Bersatu

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umum keluar Pakatan Harapan

Pada hari yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan mengejut apabila bertindak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.

Bagaimanapun pada Khamis, Dr Mahathir dilaporkan menerima kembali jawatan Pengerusi Bersatu.

Dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan oleh presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa, parti itu sebulat suara menolak peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi Bersatu, selain membuat ketetapan untuk memberikan sokongan penuh kepada beliau selaku perdana menteri.

Menerusi kenyataan media oleh Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin pada Rabu menyatakan, kesemua ahli Dewan Rakyatnya telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.

Artikel Sebelum

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain