MP belum selesai menghadap Agong, Tun M kerja macam biasa... fokus ekonomi negara- “Inisiatif ini akan diumum tidak lama lagi”

Foto yang dikongsi Dr Mahathir menerusi laman sosial pada Rabu.

SELEPAS 90 Ahli Parlimen (MP) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa, baki selebihnya disambung menerusi sesi bermula pagi Rabu.

Dalam rakyat berteka-teki menanti keputusan semasa, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat masih menjalankan tugas seperti biasa.

Menerusi Twitter pada tengah hari Rabu, beliau sempat memuat naik empat keping foto menerusi platform media sosial rasmi miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu lagi hari biasa di pejabat,” kata perdana menteri interim

"Tun Dr Mahathir Mohamad baru saja selesai bermesyuarat bersama dengan para pegawai atasan Kementerian Kewangan di dalam sesi perbincangan mengenai Pakej Ransangan Ekonomi.

"Inisiatif ini akan diumumkan tidak lama lagi," tulis pengendali laman sosial itu.

Foto-foto berkenaan memaparkan Dr Mahathir bersama para pegawai atasan Kementerian Kewangan sedang fokus bermesyuarat membincangkan perkara yang disebut menerusi kapsyen.

Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Isnin lalu.

Malah, posting itu juga pantas mendapat perhatian netizen, rata-ratanya kagum dengan komitmen Dr Mahathir dalam menjalankan tugas tanpa menghiraukan situasi politik semasa.

Demikian antara komen netizen yang diperoleh menerusi Facebook dan Twitter Dr Mahathir:

"Orang lain sibuk rebut kuasa Tun macam biasa jalan pikul amanah.

"Bijak Tun M. Banyak benda Tun boleh buat. Tun seorang pemimpin anugerah Allah.

"Pemimpin paling tua di dunia. Menguruskan negara sendirian," tulis beberapa netizen.

Antara foto yang dikongsi menerusi media sosial Dr Mahathir.


Artikel Sebelum

Blok Azmin sertai Bersatu - Sumber

Artikel Lain