suria

“Satu lagi hari biasa di pejabat,” kata perdana menteri interim

Gambar Dr Mahathir yang menunjukkan beliau sedang bekerja di pejabat turut menarik perhatian netizen.

SELEPAS dilantik sebagai perdana menteri interim, Tun Dr Mahathir kembali memulakan tugas di pejabatnya pagi Selasa.

Malah Dr Mahathir turut berkongsi tiga keping gambar di Instagram miliknya yang menunjukkan beliau sedang bekerja di meja pejabatnya.

Gambar dengan kapsyen 'satu lagi hari biasa di pejabat' itu mendapat lebih 220,000 tanda suka dalam kalangan pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PMO: Azmin jumpa Dr Mahathir, Nurul Izzah teman Wan Azizah kemas barang di pejabat TPM

Gambar tersebut turut mendapat perhatian penyanyi, pelakon dan juga pemain bola sepak negara.

Dr Mahathir dilihat memasuki bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 9.29 pagi.

"Fii aamanillah Tun," kata Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Bangga dengan anda Tun dan terima kasih atas segalanya. Semoga diberi kesihatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin. Kami sayang Tun," tulis Diana Rafar.

"Just Tun doing Tun things," kata Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu Dr Mahathir dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri kira-kira pukul 9.29 pagi.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatan beliau pada hari yang sama.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengumumkan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh semalam dan surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.

Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri interim oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan pada Isnin mengumumkan Al Sultan Abdullah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Zuki berkata dalam tempoh itu, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Beliau juga berkata Al-Sultan Abdullah, atas nasihat perdana menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.

Dr Mahathir, PMO, PM interim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Agong cari penyelesaian terbaik

Artikel Lain