suria

Penari tarian singa ditahan atas dakwaan rogol gadis 14 tahun

Duda berusia 41 tahun itu ditahan di kediamannya di Jalan Delta selepas polis menerima laporan ibu mangsa.

SEORANG penari tarian singa ditahan atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah taman permaiann berdekatan Fort Emma, Kanowit, Sibu, Sarawak pada Selasa.

Duda berusia 41 tahun itu ditahan di kediamannya di Jalan Delta selepas polis menerima laporan ibu mangsa pada Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Asisten Superintendan Tega Bilong berkata, mangsa yang juga pelajar tingkatan dua keluar ke taman permainan untuk berborak dengan suspek pada pukul 5 pagi.

"Sewaktu berbual, suspek ajak mangsa melakukan hubungan seks. Mangsa tidak melawan selepas seluarnya ditarik dan dicium pipi," ujarnya.

Mangsa bagaimanapun meminta suspek menghentikan perbuatannya namun ia tidak diendahkan.

Selepas disoal ibunya, mangsa pada mulanya enggan mengaku sebelum menceritakan hal sebenar.

Ujarnya lagi, mangsa sudah menjalin hubungan cinta dengan suspek sejak awal bulan ini.

Lelaki itu ditahan pada pukul 1.30 pagi Selasa.

Mangsa juga sudah dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan. - The Star.

tarian singa, penari, cinta, rogol

Artikel Lain