suria

Hanya sempat mendarat di KLIA... 14 warga China dari Wuhan dihantar pulang

Kebanyakan penumpang dilihat memakai topeng di KLIA2. -foto THE STAR

SERAMAI 14 rakyat China yang berasal dari Wuhan telah dihantar pulang selepas mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Selasa.

Tindakan itu diambil selepas kerajaan mengisytiharkan larangan bagi pelancong yang berasal dari Wuhan, wilayah Hubei untuk masuk ke negara ini sebagai langkah pencegahan jangkitan 2019 novel koronavirus yang melanda wilayah itu baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan gantung serta merta visa rakyat China dari Wuhan, Hubei

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya melalui Jabatan Imigresen telah mengeluarkan notis 'Not To Land' kepada semua pelancong yang berasal dari wilayah tersebut.

"Hasil semakan dokumen dilakukan petugas imigresen di KLIA mendapati 14 individu berkenaan berasal dari Wuhan, China. Justeru, pihak imigresen mengeluarkan notis 'Not To Land' kepada semua individu tersebut dan seterusnya dihantar pulang.

"Ia mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan iaitu semua pelawat yang berasal dari Wuhan dan wilayah Hubei adalah dilarang untuk memasuki negara ini dari semua pintu sempadan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Khamis.

koronavirus, Wuhan, wabak, KLIA, imigresen

Artikel Lain