suria

KPM nafi kertas Bahasa Inggeris PT3 diulang semula

Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 hari ini bermula dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2. Gambar sekadar hiasan

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) pada Selasa menafikan khabar angin bahawa kertas Bahasa Inggeris (Kertas 1 dan 2) bagi Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan diulang semula.

KPM dalam satu kenyataan memberitahu, berita mengenai kertas peperiksaan tersebut akan diulang semula pada 10 Oktober 2019 adalah tidak benar.

"Sehubungan itu, KPM menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat berkenaan kerana ia akan mendatangkan kerisauan kepada para ibu bapa dan memberikan tekanan kepada calon yang sedang menduduki peperiksaan PT3," menurut kenyataan itu.

Kenyataan penafian daripada KPM.

Terdahulu, khabar angin tersebar di media sosial memaklumkan bahawa ujian Bahasa Inggeris PT3 bakal diulangi pada 10 Oktober akibat soalan bocor.

Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 pada Selasa bermula dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.

KPM, PT3

Artikel Lain