suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu nyaris maut lori simen dirempuh lokomotif

Keadaan lori simen selepas dirempuh sebuah lokomotif.

SEORANG pemandu nyaris maut selepas lori simen yang dipandunya dirempuh sebuah lokomotif.

Insiden berlaku pada petang Selasa di Jalan Pelabuhan Utara, Klang.

Kedua-dua lokomotif dan lori mengalami kerosakan.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, seorang lelaki memegang bendera dipercayai cuba menghalang lori berkenaan melintasi landasan.

Lokomotif itu membunyikan hon ketika lori simen terbabit cuba untuk melintas landasan tetapi gagal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pemandu lori cuba untuk melintasi landasan sebelum kemalangan berlaku.

"Punca kejadian disebabkan pemandu lori simen enggan memberi laluan kepada tren," katanya, sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - The Star

lokomotif, lori simen

Artikel Lain