suria

Pelari maraton cedera parah dilanggar kereta

Larian Kuala Lumpur Marathon Standard Chartered 2019 pada Ahad.

SEORANG pelari maraton cedera parah selepas sebuah kereta merempuh penghadang keselamatan dan melanggar beberapa peserta.

Terdahulu, dilaporkan sebuah kereta melanggar beberapa pelari di Larian Kuala Lumpur Marathon Standard Chartered 2019 pada Ahad.

Menurut laporan portal FMT, seorang jurucakap polis trafik Ampang Jaya dipetik sebagai berkata, tiga pelari cedera dan seorang daripadanya parah.

Jurucakap itu memberitahu, saksi melaporkan kemalangan berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Gombak.

Menurut seorang pengguna Facebook, Onizuka Rizuan, salah seorang mangsa merupakan rakannya dan akan menjalani pembedahan.

Rizuan turut memuat naik beberapa gambar termasuk plat nombor kenderaan, yang didakwa milik pemandu dalam kes langgar lari berkenaan.

Tambahnya, dia akan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. - The Star

pelari, maraton, Standard Chartered

Artikel Lain