Pemilik tanah Kampung Baru ditawar purata pampasan RM6 juta! - Semasa | mStar

Pemilik tanah Kampung Baru ditawar purata pampasan RM6 juta!

Kerajaan pada Sabtu menawarkan untuk membeli tanah di Kampung Baru di Kuala Lumpur dengan kadar RM850 bagi setiap satu kaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula kawasan tersebut. Foto Bernama

KERAJAAN menawarkan pampasan secara purata sebanyak RM6 juta kepada pemilik tanah di Kamping Baru di Kuala Lumpur untuk mendapatkan tanah mereka bagi pembangunan semula, kata Khalid Abdul Samad.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tawaran tersebut dibuat pada harga RM850 setiap satu kaki persegi dan kerajaan menawarkan kadar maksimum berdasarkan penilaian harga dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangunan semula Kampung Baru bakal ramaikan bilangan jutawan Melayu!

Kajian mendapati harga tanah di kawasan itu adalah antara RM650 hingga RM850 bagi satu kaki persegi.

"Selain harga tanah, kita juga akan memberi pampasan kepada mereka untuk apa jua struktur yang dibina di atas tanah.

"Secara purata, setiap plot tanah bernilai RM6 juta dari segi pampasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Town Hall Pembangunan Kampung Baru yang dihadiri oleh 2,500 penduduk Kampung Baru di Dewan Perdana Felda, di Kuala Lumpur, Sabtu.

Kerajaan menawarkan empat pilihan kepada pemilik dan pewaris tanah dalam proses pembangunan semula berkenaan, iaitu sama ada untuk mengambil tunai, memiliki rumah unit siap, mengambil tunai dan unit siap, atau mengambil pulangan sebagai pemegang saham dalam pembangunan semula. - The Star

Kampung Baru , Khalid Abdul Samad

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain