suria

409 sekolah di Sarawak ditutup, jerebu makin teruk

Pelajar menduduki peperiksaan dengan menggunakan topeng hidung dan mulut di Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee Kuching, Selasa.

SEBANYAK 409 sekolah di seluruh Sarawak diarahkan ditutup pada Selasa susulan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Sehingga 10 pagi, sebanyak 62 sekolah menengah dan 347 sekolah rendah di daerah Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Lundu terlibat dalam arahan itu.

Keseluruhannya ia membabitkan 157,479 pelajar.

Bagaimanapn, Jabatan Pendidikan memaklumkan, setakat ini peperiksaan UPSR berjalan lancar.

Julie Nicole Simon Balan,12, terpaksa menduduki peperiksaan UPSR menggunakan topeng hidung dan mulut di Sekolah Kebangsaan Jalan Ong Tiang Swee Kuching, Selasa.


Pada Isnin, jabatan berkenaan mengarahkan sekolah di kawasan berkenaan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 perlu segera ditutup.

Turut ditetapkan adalah peperiksaan umum ditangguhkan jika kadar bacaan IPU melebihi 300.

Sehingga tengahari Selasa, bacaan IPU di seluruh Sarawak berada pada tahap sederhana sehingga tidak sihat dengan Sri Aman mencatatkan kadar tertinggi iaitu 190.

Jabatan Alam Sekitar yang mengeluarkan bacaan IPU menetapkan lima kategori iaitu, baik (0-50); sederhana (51-100); tidak sihat (101-200); sangat tidak sihat (201-300) dan bahaya (301 dan ke atas). -thestar

jerebu, Sarawak, sekolah, UPSR

Artikel Lain