Polis beri amaran, ubahsuai Ysuku tanpa kebenaran boleh kena tindakan sita

Model Ysuku yang sedang popular.

POLIS memberi amaran kepada penunggang motosikal terutama jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ untuk tidak mengubahsuai motosikal tanpa kebenaran kerana ia menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

“Dulu motosikal yang popular untuk ubah suai adalah Honda EX5 dan sekarang Ysuku... ini bahaya kerana mereka ubah suai kelajuan melebihi kemampuan motosikal.

“Trend ini dalam pemerhatian pihak polis. Motosikal itu (Ysuku) memang laju... kenapa perlu ditingkatkan lagi kelajuannya? Ini akan datangkan musibah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui menjalani Ops Khas Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Duta di Kuala Lumpur, malam Ahad.

Mengulas mengenai operasi malam Ahad Mohd Nadzri berkata 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi yang bermula sejak Selasa sehingga malam ini, dan menurutnya dalam tempoh itu juga, 18 pemandu berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan kerana positif dadah. - Bernama.

Ysuku, ubahsuai, motosikal

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain