suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat mangsa serangan buaya ditemui

Mayat seorang lelaki ditemui selepas diserang oleh seekor buaya. Gambar sekadar hiasan.

PASUKAN bomba menemui mayat seorang pekerja ladang yang diserang oleh seekor buaya di sebatang sungai di pantai timur Lahad Datu di Sabah.

Mayat warga Indonesia, Rudy Gessa, 44, ditemui pada pukul 12.25 tengah hari Isnin di sungai di mana mangsa diserang haiwan reptilia itu semasa memancing.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki hilang dipercayai diserang buaya

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mayat Rudy ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa memancing.

Mangsa memancing pada kira-kira pukul 4 petang sebelum dilaporkan hilang.

Mayatnya ditemui tersangkut pada semak di tebing sungai di kawasan perladangan di Temenggung di Lahad Datu. - The Star

buaya, mayat

Artikel Berikut

Artikel Lain