suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kempunan langgan pelacur, lelaki 52 tahun dirompak

Seorang lelaki dirompak semasa mahu melanggar pelacur.

POLIS kini memburu tiga lelaki yang didakwa merompak seorang lelaki berusia 52 tahun yang mahu melanggan pelacur.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisoner Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa berjalan di Jalan Central di Sibu, Sarawak pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari Ahad, sebelum didekati seorang wanita yang menawarkan khidmat seks.

"Selepas bersetuju, kedua-duanya pergi menyewa sebuah bilik. Bagaimanapun, mereka didatangi tiga lelaki," katanya.

Salah seorang daripada tiga lelaki itu bersenjatakan pisau, mengarahkan mangsa menyerahkan semua wang.

"Mangsa memberikan RM50 tetapi ditolak. Suspek merampas dompetnya yang mengandungi RM800 sebelum melarikan diri," kata Stanley.

Beliau menambah, wanita itu juga melarikan diri ketika kejadian berlaku.

Stanley berkata, mangsa membuat laporan di pondok polis di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sibu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata. - The Star



rompak, pelacur

Artikel Lain