suria

Penumpang panik, bot ekspres berasap

Pasukan bomba di bahagian enjin bot selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai asap tebal keluar dair bilik enjin.

SEKUMPULAN penumpang sebuah bot ekpres panik apabila asap tebal keluar dari bahagian enjin sewaktu ia mahu berlepas dari terminal Song, dekat Sibu, Sarawak.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Song, Nasihin Jaum berkata, lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

"Bot tersebut mahu berlepas ke Sibu apabila seorang penumpang ternampak asal tebal dari bilik enjin," tambahnya.

Beliau berkata, keadaan itu mengakibatkan 139 penumpang panik, sebelum kapten kapal mengarahkan mereka keluar dari bot dengan segera.

"Bot tersebut tidak terbakar kerana kerana asap yang berlebihan itu sebenarnya dari sistem ekzos yang disebabkan oleh enjin yang tidak berfungsi dengan baik," katanya.

Nasihin berkata, semua penumpang selamat dan bomba mengambil masa kira kira-kira sejam untuk mengawal keadaan. - The Star

asap, bot ekspres

Artikel Lain