suria

Diperkenalkan... Si Comel, Si Pintar maskot penyeri majalah Kuntum

Si Comel dan Si Pintar bersama sebahagian daripada kanak-kanak yang hadir pada Program Ceria Aildilfitri dia KLCC pada Sabtu. Foto: GLENN GUAN/The Star

MAJALAH Kuntum yang sinonim dengan pelajar sekolah rendah sejak diterbitkan 38 tahun lalu kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dan bervariasi.

Kuntum adalah sebuah majalah pendidikan kanak-kanak dwibahasa keluaran Kumpulan Media Star sesuai sebagai bahan bacaan untuk murid sekolah rendah.

Majalah ini pertama kali dilancarkan pada Februari 1980 dengan tujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak negara ini dalam pelbagai bidang, selain menggalakkan minat membaca.

Menurut Editor Kuntum, Norlia Jaafar, majalah itu kini lebih terbuka kepada semua pelajar pelbagai bangsa dan sambutan dalam kalangan ibu bapa amat menggalakkan.

Gelagat Si Pintar melayan kanak-kanak yang hadir. 

“Kuntum kini bukan hanya tertumpu kepada pelajar berbangsa Melayu sahaja tetapi penerimaan daripada pelajar Cina dan India mendapat sambutan yang baik.

“Ini kerana majalah Kuntum menyediakan pelbagai bahan rujukan serta aktiviti minda untuk mereka.

“Kami juga memperkenalkan maskot baharu Kuntum iaitu Si Comel dan Si Pintar,” ujarnya kepada mStar ketika program Ceria Aidilfitri pada Sabtu.

Selain memperkenalkan maskot terbaharu itu, turut diadakan pelbagau aktiviti menarik kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang hadir dengan menyediakan hadiah menarik.

Kuntum diterbitkan oleh syarikat penerbitan terkemuka, Star Media Group Berhad.

Kewujudan portal Kuntum ini diharapkan membantu untuk mengakses maklumat-maklumat dengan lebih mudah selain untuk mengikuti perkembangan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Kuntum dari semasa ke semasa.

Kuntum, maskot

Artikel Lain