suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi bazar Ramadan, Era Fazira parah tangan tersepit mesin tebu

Seorang wanita menerima nasib malang apabila tangannya tersepit dalam mesin tebu.

SEORANG peniaga berusia 25 tahun di Tawau, Sabah menimpa nasib malang apabila tangannya tersepit dalam mesin tebu semasa membuat persiapan untuk bazar Ramadan dekat rumahnya.

Mangsa, Era Fazira Ramli, menjerit kesakitan sebelum keluarganya segera membantu dengan mematikan mesin berkenaan.

Mereka kemudian menghubungi pasukan bomba dalam kejadian pukul 10 pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi bazar! Apa yang pelanggan lakukan buat peniaga air balang terharu, “Yang patahnya meja, tapi semangat saya tak patah”

ARTIKEL BERKAITAN: Lauk jualan Ramadan terpaksa beri jiran, anak sebak... “Tak sampai hati tengok mama”

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan tangan mangsa.

Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pasukan penyelamat tiba di rumah mangsa di Kg Sentosa dan mendapati tangannya hancur sehingga ke pergelangan tangan.

"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangannya dari mesin tersebut dan memberikan rawatan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Wanita itu dilaporkan dalam keadaan stabil. - The Star

hancur, tersepit, mesin tebu

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia