suria

Kereta Dr Maza terbakar di kediaman sendiri!

Keadaan kereta Mufti Perlis yang dibakar pada awal pagi Jumaat. Foto twitter bernamadotcom

KERETA Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) jenis Honda Accord hitam dipercayai dibakar dalam kejadian awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi mStar Online berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5.30 pagi di kediaman Mohd Asri di Jalan Persiaran Wawasan, Kangar.

“Kita menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.45 pagi. Ketika kejadian Mohd Asri berada di kediamannya.

“Berlaku kerosakan kenderaan. Berdasarkan siasatan awal, kita siasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api),” katanya pada pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Biasa kereta di pejabat, takdir Allah saya ‘parking’ di rumah” – Mufti Perlis

Dr Maza.

Wari berkata, pasukan bomba dipanggil ke tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan kerana kebakaran membabitkan bahagian enjin.

“Kita tunggu laporan sama ada kebakaran angkara khianat atau disebabkan masalah enjin,” katanya.

Dalam kejadian itu, turut terdapat kesan pecah pada cermin hadapan dan belakang kenderaan itu.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel Lain