suria

Serangan masjid: Akhbar NZ beri penghormatan, papar 'Salam' dalam tulisan jawi

Muka depan akhbar The Press pada Jumaat yang memaparkan perkataan 'salam' dalam tulisan jawi. Foto Facebook The Press

AKHBAR New Zealand, The Press pada Jumaat menyiarkan muka depannya dengan tulisan jawi sebagai tanda penghormatan terakhir buat mangsa serangan melibatkan dua masjid di Christchurch di New Zealand.

Tulisan jawi itu bermaksud 'Salam', dengan di bahagian bawahnya merupakan senarai 50 mangsa serangan di dua masjid tersebut, pada Jumaat  lalu.

"Salam, peace (aman)," demikian tajuk yang dipaparkan dengan saiz besar pada muka hadapan akhbar berkenaan pada Jumaat, bertarikh 22 Mac 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: "Pemergian Haziq pada Jumaat mulia, sedia untuk beribadah, semoga syahid di sisi Allah" - Mufti WP

Seramai 50 mangsa disahkan terkorban selepas tragedi serangan pengganas yang berlaku di Masjid Al-Noor di Deans Ave di Christchurch, pada Jumaat lalu.

Empat daripada 50 mangsa merupakan rakyat Malaysia, yang mana seorang daripadanya, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, maut dalam serangan itu.

Tiga lagi mangsa adalah Mohd Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah; Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang; dan Mohd Nazril Hisham Omar, 46, dari Kelantan, mengalami kecederaan.

Artikel Lain