suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebocoran sampel toksik di makmal, seorang petugas dikejarkan ke hospital

SEORANG petugas Jabatan Alam Sekitar (JAS) dikejarkan ke hospital setelah berlakunya kebocoran sampel sisa toksik di makmal di Jalan Pertama, Pusat Perdagangan Utama, Johor Baru pada Khamis.

Pegawai Bomba Kanan II, Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) negeri, Mohd. Hairinizam Mostapa berkata, mangsa dipercayai sedang bertugas sewaktu insiden sebelum dibawa ke hospital.

"Kami menerima panggilan pukul 4.28 petang Khamis dan dimaklumkan ada kebocoran sisa toksik di makmal.

"Mangsa yang berusia 30 tahun bekerja sebagai pembantu jurutera dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum kami tiba," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Hairinizam, pihaknya mengarahkan bangunan itu ditutup sementara kerja-kerja pembersihan dijalankan bagi mengelakkan ia terus bocor dan tersebar.

"Kami sedang membuat siasatan untuk mengetahui punca insiden,' katanya lagi.

Tiga jentera bomba dengan sembilan anggota diarahkan ke lokasi sejurus mereka dimaklumkan mengenai insiden itu. - The Star.

Kebocoran Kimia, Makmal

Artikel Lain