suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia dihukum gantung di Singapura

Michael anak Garing.

RAKYAT Malaysia, Michael anak Garing dihukum gantung di Singapura, pagi Jumaat.

Hukuman gantung itu dibuat di Penjara Changi.

Michael, 29, yang berasal dari Kapit, Sarawak, disabitkan dengan pembunuhan oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 2015, dan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan itu pada 2017.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada berpendapat ia terlalu berat” Tun M mengenai hukuman gantung rakyat Malaysia di Singapura

Michael dan seorang lagi warga Sarawak, Tony Imba, merupakan sebahagian daripada kumpulan yang melakukan rompakan, mencederakan tiga mangsa dan membunuh mangsa keempat pada 2010.

Keuda-duanya menyerang dan merompak empat lelaki di kawasan Kallang di Singapura, dari lewat malam 29 Mei 2010, sehingga awal pagi keesokan harinya.

Tony disabitkan hukuman penjara seumur hidup kerana terbabit dalam rompakan.

Terdahulu, kerajaan Malaysia memberitahu akan mengemukakan surat kepada Singapura bagi mendesak supaya meringankan hukuman Michael.

Ibu bapa Michael turut menghantar petisyen rayuan kepada kerajaan Singapura. - The Star

Michael anak Garing

Artikel Lain