suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Calayan, Filipina ekoran gempa bumi

RAKYAT Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Calayan di Cagayan, Filipina memandangkan situasi masih belum stabil ekoran gempa bumi yang melanda kawasan itu pada Khamis, kata Wisma Putra.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Jumaat berkata, tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat gempa bumi dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter yang melanda kawasan Calayan itu, Khamis.

"Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan tersebut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta laporan cuaca tempatan,” katanya.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao. - Bernama

Calayan

Artikel Lain