suria

1MDB: Bukit Aman cari ibu bapa Jho Low, 2 lagi

IBU bapa ahli perniagaan yang dalam pelarian Low Taek Jho adalah empat individu yang sedang dikesan polis bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan dijalankan mengikut kesalahan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ibu bapa Jho Low adalah Low Hock Peng dan wanita tempatan Goh Gaik Ewe, masing-masing berusia 67 tahun dan beralamat di No. 69, Tanjung Bungah Park, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

"Dua lagi individu terlibat adalah wanita warga Singapura dikenali sebagai Shabnam Naraindas Daswani atau Natasha Mirpuri, 55, yang beralamat di No. 19, Parkstone Road, 437662, Singapura.

"Begitu juga Tan Kim Loong, 41, yang beralamat di No. 20 M, Jalan 5/40, Taman Pusat Kepong, 52000 Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan di ibu negara, Jumaat.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya memohon kerjasama sesiapa yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu berkenaan supaya menghubungi Supritendan Foo Wei Min di talian 03-26101402 atau Deputi Superitendan Albany Hamzah di talian 019-2412826 dari Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman atau mana-mana balai polis berhampiran.-- Bernama

Jho Low, Fuzi, Tanjung Bungah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain