suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi SPR sedia berundur jika rakyat tak puas hati

Azhar Azizan Harun (tengah). Foto Bernama

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berundur sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya.

Azhar membuat komen tersebut di Twitter pada Jumaat (24 Januari), hanya sehari sebelum hari mengundi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands diadakan.

"Saya membiarkan 30 juta rakyat Malaysia menilai saya dan SPR," katanya.

"Dan jika majoriti tidak berpuas hati dengan saya atau SPR di bawah saya, sila beritahu anggota Parlimen untuk mengundi membantah saya di Parlimen.

"Saya akan meletakkan jawatan tanpa syarat sekiranya terdapat undi seperti itu. Itu janji saya," katanya.

Azhar yang lebih dikenali sebagai Art Harun, dikritik susulan keputusan SPR untuk menutup beberapa pusat mengundi, dipercayai kubu kuat Barisan Nasional (BN), lebih awal berbanding yang lain.

Beliau juga dikritik kerana didakwa tidak mengambil tindakan terhadap dakwaan kesalahan Pakatan Harapan dalam kempen PRK Cameron Highlands. - The Star

Azhar Azizan Harun, SPR, Art Harun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain